BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Kalam Allah

Saturday, February 20, 2010

Dilema

kenapa harus diriku
tidakkah kau kasihani diri ini
kenapa kau tidak memahami diriku
kau membuatkan diriku
tersepit antara aku, kau & dia ...
kenapa aku harus rasa begitu
kerana kau terlalu mengambil
berat akan diriku
sedangkan kau hanyala teman
biasa yang ku tidak ku anggap
lebih daripada itu...
besar sangatkah permintaanku ini
susah sangatkah untuk dimengertikan
apa yang telah ku katakan dulu....
sudah banyak kali ku ungkapkan
perkara yang sama
tapi kau seperti melepaskan batuk ditangga.

Monday, February 15, 2010

Doa & Harapan

Rindunya aku pada si dia
tak terdaya rasanya hati ini
menanggung kerinduan ini....
hanya Kau saja yang tahu apa
yang ku rasakan kini...
sebelum ini tidak pernah
ku rasa sebegini dengan insan lain
tapi dengan mu....
walaupun kadang kala sikapmu
menyinggung perasaan ku
namun aku sabar dalam menghadapinya...
kau begitu istimewa bagi ku
walaupun ada insan
yang cuba memisahkan kita
itu tidak pernah ada dalam kamus hidupku
hanya ajal & maut sahaja yang dapat
memisahkan kita...
ku sedar diriku hanya insan biasa
yang tak punya apa-apa
berbeza dengan dirimu...
walaupun begitu kau tidak
pernah meninggi diri..
dengan sikap mu yang bersederhana
yang tak pernah menunjuk-nunjuk
membuatkan aku bertambah kasih...
ku berdoa agar kita akan dapat
mengharungi suka duka
bersama-sama
sehingga ke syurgawi
amin

nukilan
sue_poyo