BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Kalam Allah

Friday, December 17, 2010

Jodoh urusan ALLAH

Knp ye? Lagi dicari, lagi jumpa org yang silap.. Dari hidup sendiri, baik berdua.. Tapi dgn siapa orgnye.. Disangka perangainya elok, lagi lama kenal lagi byk perangai dia yg buruk terkeluar. Walaupun kita semua bukan insan sempurna, masih ada ruang lagi untuk kita bertolak ansur atas setiap kekurangan masing2.. Tapi kalau byk sgt kurangnya.. Alahai, rasa tertekan juga dibuatnya

Perihal putus cinta ini, setentunya kita akan kecewa sehabis habisnya apatah lagi cinta itu cinta pertama kita . Sebenarnya ALLAH mau melihat bagaimana hambaNya melalui ujian tersebut. adakah kita akan mengikut jalan yang lurus atau yang salah (syirik, bunuh diri dll) selepas itu?

Nasihat saya;-
1)jangan di ikut hasutan syaitan yang berbisik menyuruh melakukan dosa kerana itu akan menambahkan lagi kesedihan anda

2)mintalah petunjuk ALLAH dengan sembahyang istikharah, kalau tidak dapat menahan dari menangis, menangislah waktu berhadapan dengan ALLAH. luahkanlah segalanya. tempatNyalah yang sebaik-baik tempat untuk meluahkan.ALLAH maha mendengar.

3)waktu frust itulah waktu yang baik untuk berdoa kerana mentality kita focus(tidak lalai/alpa).amalkanlah doa ini "Ya ALLAH, sekiranya pasangan ku itu bukan jodoh ku, maka jodohkan lah aku dengan lelaki/perempuan yang terbaik diantara yang terbaik disisiMu ya ALLAH"

4)dalam keadaan frust, amalkanlah zikir/komunikasi dengan ALLAH berbunyi "ya ALLAH, aku redha akan ketentuanMu Ya ALLAH" sebanyak mungkin dalam keadaan tutup sehinggalah mengalir air mata,hilang rasa frust dan rasa redha.

5)selepas semua diatas itu dilakukan, berazam lah memulakan hidup baru dengan jalan ALLAH; "aku berserah padaMu ya ALLAH"(perkataan ini bukan suatu permainan, banyak hikmah yang terkandung dalam perkataan ini, manfaat dan rahsia akan dimiliki oleh pengamalnya)

semoga tips saya ini membawa kesan yang mendalam kepada orang yang putus cinta, Semoga ALLAH memberkati usaha kalian. AMIN.

INGATLAH : lelaki / wanita yg terbaik untuk kta adalah dia yg mendekatkan kita pd Allah bukan mjauhkannya..
beristikarahlah ..berusaha dn btawakal
Allah maha mengetahui lg maha bijaksana..
tidak ada yg Allah x ketahui
wallahualam

Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

RUJUKAN : Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, December 15, 2010

rahsia di sebalik bulan Muharram

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.


oleh khairole

Tuesday, December 14, 2010

Tips mengatasi telefon daripada promosi

Paling kita boring bila ada panggilan telefon daripada hotel, bank atau mana-mana agensi ke handphone kita untuk membuat iklan promosi atau pakej tertentu. Malas nak layan kadang kala tak kena masa.

Tambah boring bagaimana maklumat peribadi kita semasa kita mendaftar dengan celcom, maxis atau bank telah disalahguna oleh orang tertentu menjual maklumat ini kepada orang lain.

Saya ada kaedah sendiri mengatasinya, antara yang saya lakukan.

1. Misalnya panggilan daripada bukan Islam, Cina atau India saya terus melihat jam, jika pukul 3.30 petang contohnya. Saya katakan kepada mereka maaf saya baru nak solat zohor lewat ni, boleh tak call setengah jam lagi. Setengah jam lagi kalau naik nombor sama biarkan aje... Maybe dia ingat kita solat panjang kot!!

Tapi jangan cakap macam ini jika 10 pagi. Cina dan India pun tahu kita kelentong dia.

2. Atau, kita katakan "sorry saya sedang metting, u call saya semula setengah jam lagi.." Jangan sebut pada hari minggu, metting apa hari minggu.

3. Atau biasanya dia orang akan tanya, ini En Zul Mohamad ke? Bukan En Zul ke tandas sakit perut, banyak sangat makan jeruk. Kita boleh buat joke sikit. Kalau nak peramah boleh tanya "ada apa-apa pesan ke?"

Tapi awas jangan panjang sangat, dia orang ni tak kira siapa asal boleh kempendi kempen. Siapa tak kira asal dapat diperangkapkan.

Ini juga boleh atasi, kita katakan "tak boleh cakap banyak nanti bateri habis, kesian En Zul tak boleh telefon isteri dia". Lalu kita off telefon.

4. Kalau mood kita molek elok, free pula tu. Layan dia orang ni berhujah dan setiasa bertanya. Kalau dia sebut pakej bagus, suruh dia terangkan secara detail. Beritahu anda minat. Semasa dia orang sedang menerangkan bersungguh-sungguh. Anda sebut "Maaf saya sakit perut, saya nak ke tandas" Terus aje off telefon jangan beri peluang dia orang dapat bercakap. Biar berhenti tergantung... mesti dia orang putus syok!!!

5. Satu lagi nak buat dia orang ni hilang syok, Kalau dia datang daripada hotel contohnya. Kita terus aje sebut "ada promosi masa cuti ya?". Dia kata ya. Berikan diskaun kan? Dia jawab ya. Terus sahaja kata sorry saya tak minat dan terus aje off handphone.

Kalau bank, kad kreditkan? Dia jawab ya. Special offerkan? Dia mesti jawab ya punya. Terus kata, kita tak suka hutang, maaf terus aje off telefon. (atau kita tak main kad kredit.. terus aje off)

Rasanya kalau diamalkan beberapa tips di atas tu, sudah pasti tak ada lagi call gangguan berkenaan!!


Hasil nukhilan by aya

Kelebihan Beristeri Tidak Cantik

Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?
Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:

LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.
Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.
Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….

LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.
Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.



Posting asal via isuhangat