BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Kalam Allah

Monday, March 22, 2010

Dilema

DILEMA

Sejarah tidak akan berulang

tidak mungkin kan terjadi perhubungan itu..

bagiku kau adalah kisah silam ku,

kau adalah sejarah ku

dan tak mungkin aku kan menoleh ke belakang lagi...

kisah kita dulu telah luput

mengikut peredaran masa....

dan kisah itu hanya kenangan bagiku...

tolong jangan bagi harapan padaku,

tolong jangan bagi kata dua padaku,

tolong fahami keadaan ku,

kerana bagiku tiada istilah cinta bersegi...

itu semua akan memakan diri ku sendiri,

itu semua akan menghancurkan hatiku

dan itu semua akan menjadi rekod buruk hidupku

apa yang pasti kini

kau adalah seorang teman bicara

tidak lebih dari itu...

kerana hatiku kini telah di miliki

yang pasti bukan dirimu..

maafkan aku kerana menghampakan

permintaanmu,

kerana aku juga tidak akan

sesekali menghampakan impian dan harapan

orang yang aku sayangi..

kerana bagiku dia adalah

segala-galanya

dan aku tidak akan pernah menghancurkan

perasaan dia dan perasaan ku

sendiri...

lupakanlah kisah kita..

jangan biarkan dirimu menggapai

apa yang tak pasti..

mungkin ada bintang di depan matamu

jangan biarkan ianya terlepas

seperti kisah kita...



0 comments: